Thursday, October 14, 2010

Jus Herba - GABUNGAN MANTAP 23 EKSTRAK BOTANI

arrora_theroses@yahoo.com/arrora.theroses@gmail.com



JUS HERBA adalah hasil campuran bahan-bahan yang dipercayai akan kehebatan khasiatnya sejak dahulu lagi. Nilai perubatan yang tinggi yang terkandung dalam bahan-bahan tersebut dikesan dan direkodkan oleh pengamal perubatan tradisional. Ini jelas memberi peluang kepada saintis hari ini untuk meneroka lebih luas dunia ajaib botani kita untuk kebaikan bersama.





Beri Schisandra (Schisandra Chinensis)                          

Bahan anti oksida yang membantu mengekalkan sel-sel yang sihat dan memusnahkan elemen tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel sihat dan juga membuang racun dalam darah. 




Ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus)                  

Ginseng Siberia mempertingkatkan sistem imun, mempunyai ciri-ciri antioksida yang kuat. Membantu mengimbangi paras gula dan bertindak sebagai tonik yang menyeluruh. Dikenali juga sebagai adaptogen, membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan dan melambatkan proses penuaan.





Akar Astragalus (Astragalus membranaceus)                

Pakar mengangapnya sebagai salah satu botani yang hebat dan kehebatannya melangkaui ginseng. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia boleh memaksimumkan fungsi sistem imunisasi serta melindungi sistem kardiovaskular. Astralagus juga telah terbukti dapat mempertingkat kesihatan organ pembiakan lelaki selain dapat mengekalkan awet muda. 






Kamomil Jerman-German Chamomile (Matricaria recrutita)                                                                    

Berasal dari Eropah, botani ini dikenali kerana kebolehan untuk menenangkan sistem saraf serta menyumbangkan kepada kesihatan kardiovaskular selain membantu sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tidak lancar. 





Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)                     


Dikenali sebagai "eliksir sakti awet muda" sewaktu empayar Cina dan kegunaan khas hanya untuk Maharaja. Kajian telah menunjukkan bahawa cendawan reishi mempertingkatkan sistem imunisasi dan dengan itu meningkatkan tahap rintangan badan terhadap 1001 penyakit. Ianya juga anti kanser dan dapat merawat luka dgn berkesan.




Akar Dandelion (Taraxacum Officinale)                        
 
Berasal dari Eropah, tetapi kini tumbuh dan digunakan di serata dunia. Akar Dandelion telah terbukti dalam memperbaiki sistem penghadaman dengan membantu penghasilan dan aliran hempedu dari pundi hempedu, sesuai untuk Hepatitis A/B Membantu badan menyingkirkan toksin. 





Kulit Kayu Kaskara (Rhamnus Purshiana)                     
Dikenali sebagai "kulit kayu suci" oleh penjelajah Sepanyol. Tumbuhan asal pantai Pasific di Amerika Utara; ditanam oleh penduduk asal Amerika yang merasakan ia mempunyai khasiat yang menguatkan. Kulit pokok Kaskara, apabila dicampur dengan ekstrak kapsikum, telah terbukti memaksimumkan nyah toksid, mencuci darah dan menambah tenaga selain dapat merawat darah tinggi, kencing manis dan kanser. 





Akar Manis Likoris (Glycyrrhiza Glabra)                      

Telah terbukti dapat mempertingkatkan sistem imunisasi. Merupakan antioksida yang amat kuat dan telah digunakan sejak beribu tahun oleh masyarakat Cina. Akar Likoris kini dikaji kerana khasiat kesihatannya untuk penyakit jantung, terutama sekali khasiat bahan antioksidanya. Dapat mengatasi masalah pernafasan seperti asma, batuk dan hidung tersumbat. Juga merupakan rahsia awet muda.





Beri Juniper (Juniperus Communis)                               

Membantu proses penghadaman dengan merangsangkan fungsi perut. Ia boleh mengurangkan angin dan kembung perut darah tinggi dan kencing manis. 
Merupakan agen pencuci darah.  

 


Hip Ros Cina (Rosa Laevigata)                                       

Ia merupakan antara spesis bunga ros yang digunakan kerana buahnya, Laevigata. Ia amat dihargai secara tradisional oleh orang Cina. Buah Ros merupakan sumber vitamin C yang terbaik, anti racun dapat membersih usus, awet muda, menambah tenaga, menghilangkan kedut/parut serta dapat mengawal stress.





Alfalfa (Medicago Sativa)                                                
 
Kaya dengan kandungan vitamin, mineral, flavonoid, asid amino, dan protein.
Penggunaan bahagian-bahagian lebih tua pada tumbuhan oleh manusia adalah terhad. Ini disebabkan terutamanya oleh kandungan serat yang amat tinggi. Daun alfalfa nyahhidrat boleh didapati secara komersial sebagai diet tambahan. Dapat membantu mengimbangi sistem hormon wanita, merawat darah tinggi dan mencuci paru-paru.




 
Pipsissewa (Chimaphilla Umbellata)                                    
 
Melawaskan pembuangan air kecil, membantu pembersihan buah pinggang, merawat batu karang dan mati pucuk.








Akar Chicori (Cichorium intybus)                                   

Ramuan aktifnya dipanggil inulin. Inulin telah didapati dapat bertindak sebagai pembersih usus besar, membantu menyahtoksik dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan.


 

Bunga Markisah (Passiflora Incarnata)                         
 
Digunakan untuk merawat imsonia, sakit perut akibat tekanan dan kerisauan, parkinson, gagap, nyanyuk, ahmar/strok, kurang daya ingatan dan tumpuan, mengawal perasaan gemuruh dan membantu merawat penyakit Syndrom down.

 


Debunga Lebah (Apis Pollenus)                                      

Kaya dengan nutrien termasuklah vitamin, mineral, protein dan asid amino, debunga lebah merupakan sumber nutrisi yang sangat baik. Debunga lebah digunakan untuk memperbaiki stamina dan prestasi olahraga dan dapat merawat resdung, alergi dan selsema.







Lidah Buaya (Aloe Barbadensis)                                     

Gel lidah buaya merupakan antioksida yang kuat, dan dengan itu membantu untuk memusnahkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan yang sihat. Lidah Buaya juga menyokong sistem penghadaman yang sihat kerana ia membantu penyingkiran bahan buangan daripada badan.
Lidah buaya juga telah terbukti untuk memberikan kelegaan terhadap penyakit keradangan usus. 







Taim (Thymus vulgaris)                                                 

Membantu penghadaman dan memperbaiki sistem pernafasan.







Beras Barli Cina (Coix lacryma-jobi)                             

Selain berguna sebagai agen antioksida, beras barli Cina juga membantu melegakan sakit sendi dan terbukti dapat mengurangkan paras kolesterol dan merawat usus.





Biji Halba (Trigonella Foenum-gracecum)                     

Mengurangkan paras glukos dalam darah, mengawal paras kolestrol, merawat migrain/sakit kepala, menambah kekuatan tenaga batin dan awet muda.





Akar Halia Bara (Zingiber Officinale)                           
 
Berasal dari Asia Selatan; ditanam di kawasan tropika di seluruh dunia. Kajian moden telah menunjukkan ia mempunyai khasiat antioksida. Nutrien yang ditemui dalam halia telah terbukti untuk merawat sakit perut dan mengurangkan mabuk sewaktu perjalanan atau mual masa mengandung, membuang angin dalam badan dan usus serta merawat kencing manis.

 



Biji Saderi (Apium Graveolens)                                       

Telah terbukti dalam membantu proses penghadaman dan memastikan penyingkiran bahan buangan secara tetap.  Mampu merawat sakit sendi, arthritis, sakit buah pinggang,  gout,  strok dan bengkak bengkak. 



Buah Kapsikum (Capsicum species)

Kaya dengan vitamin, digunakan secara tradisional untuk merangsangkan metabolisme melalui satu proses yang dipanggil termogenesis. Kapsikum boleh juga membantu dalam proses pembakaran lemak badan. Berguna sebagai anti racun, melancarkan pengedaran darah dan dapat merawat kencing manis.







Sarsaparila (Smilax Officinale)

Menyokong keseimbangan hormon, menambah dan mengekalkan tenaga, merawat masalah mati pucuk, melewatkan menopouse, bertindak sebagai imunisasi. Bertindak sebagai awet muda dan anti racun.

                                             








No comments:

Post a Comment